"),default}

Thursday, 16 February 2012

hari ni kita study sejarah ok? SOALAN: campur tangan kuasa barat di asia tenggara dan asia timur pada abad ke-19 didorong oleh impian untuk mendapat kekayaan. perincikan.

   Campur tangan kuasa barat di Asia Tenggara seperti Indonesia, Thailand, dan Vietnam serta Asia Timur seperti Jepun dan Cina didorong oleh faktor mendapatkan kekayaan. Pada mulanya, orang Eropah datang bagi mendapatkan rempah tetapi selepas revolusi perindustrian di Eropah, kuasa-kuasa Barat seperti Sepanyol, Perancis, dan Belanda telah meluaskan pengaruh mereka di Timur. Pembukaan Terusan Suez menggalakkan kedatangan orang Barat ke Timur bagi mengeksploitasi kekayaan bahan mentah.
   Pada abad ke-19, imperialisme kuasa Barat di Asia dipengaruhi oleh perkembangan yang berkaitan dengan faktor ekonomi.Negara Barat berlumba-lumba meluaskan pengaruh di Timur akibat revolusi perindustrian. Pembukaan Terusan Suez memendekkan jarak perjalanan antara Timur dan Barat dan memberi kemudahan kepada orang Barat untuk datang ke Timur.
   Revolusi perindustrian menyebabkan negara Barat memerlukan bahan mentah untuk kilang mereka. Contohnya, bijih timah diperlukan untuk menyadur tin, getah asli diperlukan sebagai tayar dan untuk menyadur dawai kabel elektrik manakala kelapa sawit diperlukan untuk sabun, lilin dan minyak.
   Negara barat juga memerlukan pasaran bagi barangan siap yang dihasilkan oleh mereka.Oleh itu, tumpuan juga diberikan kepada negara yang memiliki penduduk ramai seperti Cina, India, dan Indonesia.
   Terdapat juga beberap bukti menunjukkan faktor ekonomi membawa kepada campur tangan kuasa Barat di Asia Tenggara dan Asia Timur. Contohnya, perluasan kuasa inggeris di Myanmar yang kaya dengan batu permata, minyak, dan kayu jati. Myanmar juga mempunyai tanah pertanian yang subur dan laluan penting ke Cina. Ini menyebabkan Inggeris menguasai Myanmar melalui tiga siri peperangan iaitu Perang Inggeris-Myanmar 1, 2 dan 3. Pada 1886, seluruh Myanmar jatuh ke tangan Inggeris.
   Pengukuhan kuasa Belanda di Indonesia didorong oleh faktor yang sama.PulauMaluku yang kaya dengan rempah berjaya dikuasai Belanda.Begitu juga dengan Pulau Jawa yang subur dengan hasil pertanian dan Sumatera serta Kalimantan yang kaya dengan petroleum, menyebabkan Belanda berusaha menguasai Indonesia.
   Kesimpulannya, kepentingan ekonomi dan keinginan mendapatkan kekayaan ialah faktor utama yang mendorong campur tangan kuasa Barat di Asia Tenggara dan Asia Timur. Ini dibuktikan dengan berlakunya perubahan yang pesat dalam pembangunan ekonomi di negara yang terlibat.

3 comments:

  1. jawapan ini adalah skema yg diberikan oleh guru sejarah 2 saya yang cantik manis, Pn. Mahani..

    ReplyDelete
  2. wahhh sejarah stpm...subjek yg mngntok suatu ketika dulu...tpi time tmdun islam mmg mngujakan...huhuhuhu tp alhamdulillah berjln lncr ms stpm...
    gud luck 4 stpm dek... n_nv

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..mmg agak mengantukkan..tp agak enjoy pd sstengah masa..
      InsyaALLAH, moga diprmudahkan msa stpm nnt..tq kak..;)

      Delete